Kenapa Pelanggan datang ke Gerai Makcik Sombong



TELOK AIR TAWAR - Nama sebuah gerai makanan yang terletak bersebelahan Pangkalan Udara Butterworth ini pastinya mencuit hati sesiapa sahaja.

Mak Cik Sombong, demikian nama gerai makanan yang terletak di Taman Senangan yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Teluk Air Tawar dan Kepala Batas.

Menceritakan sejarah nama Mak Cik Sombong ini, pemilik gerai, Saiful Bahri, 43, berkata, nama gerai ini menjadi salah satu tarikan utama bagi pengunjung ke sini.

“Dahulu kami berniaga di Bagan Lebai Tahir, waktu itu perniagaan makanan ini diuruskan arwah ibu yang mempunyai raut wajah yang garang, berat melemparkan senyuman, waktu itu ada pelanggan yang takut-takut untuk bertandang ke kedai makanan kami di sana.

“Jadi disebabkan itu, ada pelanggan yang memanggil nama kedai dengan gelaran Gerai Mak Cik Sombong dan gelaran itu kekal sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kedai asal mereka yang terletak di Bagan Tahir terpaksa ditutup dan kemudiannya berpindah ke Taman Senangan.

“Gerai makanan di sana dibina pada 1972, namun terpaksa ditutup tiga tahun lalu untuk memberi laluan kepada kerja pembangunan di sana.

“Disebabkan nama gerai sudah menjadi ingatan pelanggan, saya mengambil keputusan untuk mengekalkan nama ini,” katanya.

Menurut Saiful, ada juga yang sanggup datang jauh semata-mata untuk melihat sendiri gerai makanan Mak Cik Sombong kerana gerai ini unik.

Tidak cepat melatah dengan kehadiran ramai ‘peminat’, Saiful berkata, perkara itu secara tidak langsung mengingatkannya kepada arwah ibu.

“Arwah ibu tidak sombong seperti nama gerai, namun disebabkan raut wajahnya yang tegas, pelanggan menggelar gerai makanan ini dengan nama Mak Cik Sombong.

“Walaupun ibu meninggal lapan tahun lalu, namun saya bersyukur sambutan yang diterima masih tetap sama seperti dahulu,” katanya.

Menurutnya gerai Mak Cik Sombong dibuka dari jam 11 pagi hingga 5 petang dan menyajikan pelbagai hidangan menarik kepada pelanggan.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/


Mengejutkan!!! Spongebob dijumpai di dalam Perut seorang Kanak-Kanak



JEDDAH - ARAB SAUDI. Seorang doktor di Hospital Universiti di Jeddah, terkejut apabila menemui ‘makhluk akuatik’ berada dalam perut seorang kanak-kanak.

Bagaimanapun, setelah diamati menerusi imbasan X-Ray, ‘makhluk akuatik’ yang berada dalam perut kanak-kanak terbabit sebenarnya  sekeping pin berukiran kartun animasi ‘Spongebob Squarepants’.

Doktor yang merawat kanak-kanak berkenaan, Dr Ghofran Ageely Raja Abdulaziz berkata, pin tersebut sebenarnya loket yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.

“Menerusi imbasan X-Ray, apa yang boleh kita lihat adalah sekeping loket kecil yang agak nipis, ia kelihatan seperti pin. Saya hampir menjerit apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat.

“Saya kagum dengan butiran jelas yang boleh kita lihat. Kalau kita teliti dari imbasan tersebut, kita boleh lihat kasut, mata dan wajah Spongebob yang sedang tersenyum; berada dalam perut kanak-kanak ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah kiriman e-mel.

Memetik laporan oleh portal Metro.co.uk, doktor telah berjaya mengeluarkan loket tersebut dan kanak-kanak tersebut dibenarkan pulang ke rumahnya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/


Mas Idayu Mencekik dan Menyerang pengacara Mentor Legend, Zuan Azmi



PENYANYI dangdut, Mas Idayu menganggap tindakannya mencekik dan menyerang pengacara belakang pentas Mentor Legend, Zuan Azmi hanyalah gurauan semata-mata.

Bagaimanapun, Mas Idayu atau mesra dengan panggilan Ayu, tidak menyangka perkara itu diambil serius Zuan yang juga wartawan rancangan hiburan popular.
"Saya tak tahu pula dia tak boleh bergurau kasar.

"Kalau nak lihat, penampilan saya dalam rancangan seperti ini sememangnya sentiasa dibayangi gurauan kasar.

"Dulu, ketika di Mentor 3, saya siap membawa rotan. Tetapi, tiada apa-apa masalah pun," katanya.

Bahkan, penyanyi yang popular dengan lagu Bolehlah Boleh itu kesal dengan tindakan Zuan yang memuat naik status perkara tersebut di akaun Twitternya.

"Semalam (Isnin), saya baru dapat tahu yang dia menulis tentang perkara ini di Twitternya.

"Saya pula sememangnya tidak mempunyai Twitter dan saya tahu pasal ini setelah seorang peminat prihatin mengirimkan WhatsApps kepada saya.

"Dia menulis sesuatu di belakang saya. Jadi, siapa yang tidak profesional sekarang ini? Saya atau dia?," katanya.

Tambahnya, Zuan tidak pernah memberitahu apa-apa ketika mereka menjalani latihan sebelum itu.

"Gurauan itu spontan dan bukan dibuat-buat," katanya.

Tidak mahu lagi memanjangkan isu itu, penyanyi berusia 41 tahun ini memberitahu, dia ada menghubungi Penerbit Eksekutif Mentor Legend, Muhd Sufian Isa untuk mengirimkan kata-kata maaf kepada Zuan.

Sementara itu, penyanyi dangdut ini menyifatkan penyingkiran anak didiknya, Tuah pada Konsert Battle Ketiga Kumpulan A Mentor Legend sebagai sesuatu yang bermaruah.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/


JAGA-JAGA!! 7 Nama Bayi Yang Perlu Di Elakkan ,No 4 Paling Ramai Guna




TENTU kita pernah mendengar ungkapan, ‘Apa Ada Pada Nama’ bukan??? Telah terbukti bahawa nama amat penting dalam memain peranan terhadap diri seseorang individu/insan.Dalam program Tanyalah Ustaz, di TV9, Ustaz Sharhan Shafie seorang pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin.Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak ::::

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya

Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua...

Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. [SUMBER]Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut...!!!

SUMBER : Trendmalaya.com


4 Gambar Ina Naim Dan Keluarga Yang Pasti Menyejukkan Mata Memandangnya



Ina Naim satu nama yang pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu, kali ini beliau sudah pun berumah tangga dan mempunyai 3 cahaya mata.

Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. “Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam.

“Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun.

“Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih “Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil,” tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. “Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja.

“Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit,” katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007.

Apapun kami berbangga dengan penghijrahan Ina Naim demi suami tercinta, doa kami agar beliau berbahagia bersama-sama anak-anak dan suami tersayang.

sumber 







Keluarga Emma Maembong Bakal Masuk Rancangan Realiti TV




Cakap sahaja mengenai Emma Maembong pastinya ramai teringat akan kekasih hatinya, Zizan Razak. Namun kami hari ini bukan nak bercerita mengenai hubungan Emma dan Zizan, tetapi kisah Emma dan 1o adik beradiknya yang khabarnya bakal muncul dengan rancangan realiti sendiri!

Rasanya semua sedia maklum tentang adik beradik Emma yang rata-rata terlibat dalam bidang seni. Emma, Chacha, Syikin dan Yaya terkenal sebagai pelakon malah abang mereka Bakri seorang pemain muzik.

Jadi atas sebab itu lah sebuah saluran televisyen dikhabarkan sudah ada rancangan untuk membuat program realiti mengenai adik beradik Emma ala-ala Keeping Up With Kim Kardashian! Wah, pasti ramai peminat yang ternanti-nanti akan program ini.

P/S : Rasanya ayah Emma, Ismail Embong yang mempunyai ramai pengikut di laman Facebook pun akan terlibat dengan program ini. Baru lah banyak drama dan kontroversi! Korang rasa apa tajuk yang sesuai untuk program baru ini? The Maembongs?

Sumber : ohbulan.com


Zamani SLAM Positif Dadah Jenis Heroin



Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan dikediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis Heroin.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu).

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut maklumat yang dihantar sumber Astro Gempak, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan.

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik dikediaman penyanyi itu.

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

sumber