Siapa tidak kenal dengan Emma Maembong. Kali ini Emma Maembong berkongsi beberapa gambar fotonya mengayakan busana pengantin yang sempat di muat naik di instagram miliknya.
Opsss buat peminat semua jangan terkejut tau! bukannya Emma Maembong dan Zizan Razak bakal melangsungkan perkahwinan tetapi punca sebenar Emma Maembong menggayakan busana pengantin tersebut hanyalah kerana tuntutan menjayakan watak lakonannya di dalam siri Isteri Sepenuh Masa yang bakal muncul nanti.
Menerusi drama tersebut juga Emma Maembong digandingkan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza yang sebelum ini mereka pernah bekerjasama untuk drama Projek Memikat Suami. Fuh! nampak serasi antara mereka berdua.
Jarang sekali kita dapat melihat Emma Maembong memakai busana pengantin sebab biasanya gadis cantik ini sentiasa simple dalam berpenampilan semenjak bertudung.
Beberapa keping foto jelita Emma Maembong mengenakan busana pengantin yang sempat di muatnaik untuk tatapan semua peminat beliau di luar sana.
sumber
0 comments:
Post a Comment